tidak pernah merasai apa itu perasaan ketika bercinta
tiba-tiba datang tanpa dipinta
kata-kata manis menyentuh jiwa
perasaan rendah diri diketepikan
belum pun apa-apa bermula
impian musnah
kerana termakan kata-kata manis
apa yang ditunjuk tidak serupa dengan kebenaran
akhirnya merana sendiri
tidak pernah berdendam
tapi perasaan rendah diri
kembali datang dan tidak pernah lagi pergi
hanyut dalam dunia sendiri
salahkah jika membenci?
kerana nila setitik rosak susu sebelanga
kerana pintu hati sudah ditutup rapat
yang datang atas tiket kawan juga tidak dapat menembusi
kebalnya kubu yang dibina
memakan diri sendiri
kesunyian yang melanda
hanya Allah s.w.t yang memahami
ingin mencari kekuatan diri sendiri
mengharungi kehidupan mendatang dengan lebih bahagia
walaupun masih kabur
hanya doa dan harapan mengiringi...